More Than Friendly: Semarang, Indonesia [Part 1]

SEBELUM INI: SELINGAN – BARU PULANG DARI…

Semarang, satu tempat yang aku tak pernah dengar, sampailah Air Asia buat direct flight dari KL ke Semarang. Tapi, masih tak tahu, dekat mana Semarang ni, apa tarikannya. Sebab orang Malaysia lebih kenal Jakarta, Jogja, Bali dan Bandung.

Tapi, dalam bulan 2 tahun lepas, famili aku rancang untuk ke Indonesia sebagai destinasi percutian hujung tahun. Godek-godek harga tiket, Semarang antara yang paling affordable, walaupun masih tak murah. Tapi, sebab dah tak tau nak beli tiket ke mana, dan sebab kitorang check, Semarang ni kat Pulau Jawa dan kami sekeluarga tak pernah bercuti ke kawasan kepulauan Jawa, kami decide beli jelah tiket ke Semarang. [Tiket dalam RM 427 sorang all in return].

Akhirnya, dari 21 Disember sampailah 24 Disember 2012, kami sekeluarga menjejakkan kaki ke Semarang, kota Jawa Tengah yang peramah dan berbeza dari Medan yang pernah kami lawati setahun sebelumnya…

===

Info: Rp 3000 =~RM 1

21 Disember 2012 [Hari Pertama]

Beberapa hari sebelum hari ni, aku dapat emel dari Air Asia. Flight ke Semarang diawalkan. Kalau tak, pukul 9.00 pagi. Dia awalkan ke pukul 7.20 pagi i.e. first flight of the day. Malam semalamnya, aku tak tidur malam, pergi makan kat McD. Lepas tu sampai rumah, baru kelam kabut kemas beg, cari passport.

Kami sekeluarga sampai KLIA-LCCT dalam pukul 6.00 pagi macam tu. Ngantuk giler! Lepas dah check in, imigresen dan semua yang berkenaan, dalam pukul 7.00 pagi, kami board kapal terbang.

Let's go to Semarang!

Let’s go to Semarang!

Memang efisyen Air Asia kali ni. Hehe. Sharp pukul 7.20 pagi, kami mula berlepas ke tanah asal usul nenek moyang belah ayah aku, tanah Jawa. Haha. Semarang, here we come.

7.34 am - left KLIA-LCCT heading towards Semarang...

7.34 am – left KLIA-LCCT heading towards Semarang…

Alhamdulillah, dapat duduk tepi tingkap lagi kali ni. Haha. Aku suka. Sebagaimana aku suka duduk seat depan kalau naik kereta. Hehe. Perjalanan ke Semarang dari KL dalam 2 jam [antara flight paling lama pernah aku rasa]. Sebab kami semua tak sarapan lagi, ayah aku suruh lah order apa-apa makanan dalam flight dengan syarat, self-paid. Haha.

Paling feymes kat dalam flight Air Asia, nasi lemak Pak Nasir lah. Oh, Chatime pun dah ada! Haha. Tapi, kan kononnya aku diet masa ni, jadi aku order set sandwich, which turned out to be delicious enough for me. ;)

My breakfast for this 2-hour flight.

My breakfast for this 2-hour flight.

Over the ocean which separates Malaysia and Indonesia.

Over an island which is situated between Malaysia and Indonesia.

Dalam pukul 9.35 pagi, aku nampak darat. Maknanya, dah nak sampai ni. Tapi, aku rasa janggal sikit. Sebab kalau kat Malaysia, bila dah nak sampai airport, nampak kelapa sawit. Kat sini, nampak kawasan pantai, dan ada aktiviti cucuk tanam. Memang nampak cucuk tanam tepi laut je sepanjang nak sampai Achmad Yani International Airport.

When you see this, you are approaching the Semarang Airport :)

When you see this, you are approaching the Semarang Airport :)

Sampai-sampai airport, terasa feel kat oversea. Hehe. Bukan apa, bila turun, dengar orang-orang keliling bercakap, rasa macam tengok sinetron! Haha. Lagipun, 80% penumpang semua memang orang Indonesia.

Bila sampai ke balai ketibaan, ya Allah panjangnya beratur. Achmad Yani International Airport, walaupun berstatus antarabangsa, tapi airport dia agak kecil, dan cuma 3 kaunter ada untuk melayan semua penumpang yang sampai. Tapi, pemerintah memang ada cadangan untuk buat airport baru yang lebih besar dan kalau tengok plannya, memang cantik.

Sebelum ke sini, kami tak buat perancangan rapi sebenarnya dari segi lawatan, pengangkutan dan lain-lain. Ingat nak backpack, tapi ada budak-budak kecil. Nak ambil tour, tapi takut mahal sangat. Jadi, kami gamble je dulu bila sampai sini.

Tips: Ada syarikat sewa kereta kat airport ni. Tapi, harga agak mahal. Untuk sewa kereta [sekali driver], sama ada tengok kat internet dan mintak teksi hantar bila sampai sini, atau deal dengan hotel tempat tinggal. Tapi, hotel yang murah-murah lah. Sebab biasanya dia outsource bisnes sewa kereta sekali.

Achmad Yani International Airport Foyer...

Achmad Yani International Airport Foyer…

Lepas dah keluar ke foyer, kami melilau cari sewa kereta. Tapi semua mahal-mahal belaka. Penginapan kami dah book di Hotel Olympic, Jl Imam Bonjol. [RM 955.61 untuk 4 bilik untuk 3 malam i.e. satu malam lebih kurang RM 79.63].

Akhirnya, kami pergi ke taxi stand dan ambil 2 buah teksi untuk bawa ke hotel [Rp 35,000 = RM 11.66]. Sepanjang dalam perjalanan, peramah sungguh pakcik drebar a.k.a supir tu. Dia cakap sepatutnya jangan book dulu, datang nanti dia bawak pusing, tengok hotel satu-satu. Sama ada itu ikhlas atau scam macam yang aku selalu dengar jadi kat Cambodia, aku tak nak ulas. Hehe.

10.03 am - leaving the airport heading towards the hotel at Jl Imam Bonjol.

10.03 am – leaving the airport heading towards the hotel at Jl Imam Bonjol.

Tak ada lah jauh sangat sebenarnya dari airport ke Jl Imam Bonjol ni. Tapi, sebab jalan macet [sesak], tu yang lambat sikit.

Sepanjang perjalanan, tengok kiri kanan, memang lain suasana dia. Dapat rasa kesibukan kota ni dan yang paling terasa, kepadatan Semarang. Memang sampai-sampai boleh rasa, orang ramai dan pembangunannya tak bersistematik. Mungkin sebab kota tertubuh dah lama, jadi sebab tu dulu tak ada pelan. Tapi, itulah yang jadikan Semarang ni menarik.

Kami pun check-in bilik. Wifi ada kat hotel tapi tak kuat, signal kuat kat lobi je. Jadi, kami adik beradik anak beranak lepas letak barang dalam bilik, masing-masing ke lobi, untuk – as usual – update status. Haha.

View from the lobby... [gambar tak ada nilai estetika langsung. haha]

View from the lobby… [gambar tak ada nilai estetika langsung. haha]

BERSAMBUNG / TO BE CONTINUED

PART 2

About these ads

About Khai

A simple being trying to have a simple life...

Posted on 3 April, 2013, in Indonesia, Outdoor, Personal, Photography, Semarang, Travel and tagged , , , , , , , , , . Bookmark the permalink. 7 Comments.

  1. Wah, senyap2 dah ke Semarang plak!

  2. saya boleh siap jadi driver akak untuk bawa pusing kat semarang

  1. Pingback: Selingan : Baru pulang dari… | The Best Things in Life

  2. Pingback: More Than Friendly: Semarang, Indonesia [Part 2] | The Best Things in Life

  3. Pingback: Road Trip Semarang ala Blogger Travel Malaysia – dotsemarang

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: