Backpacking Trip to Thailand: Part III [Hat Yai – Bangkok]

Bersambung dari Backpacking Trip to Thailand: Part II

Memandangkan tiket tren balik dah habis sampailah ke tahun baru, kami tukar plan, balik naik bas. Plan yang memang tak wujud dalam plan sebab aku memang tak ada buat back up plan. Hehe.  Sebelum beli tiket bas, kami letak beg dekat tempat simpan beg dulu memandangkan jam baru pukul 12 lebih tengahari dan tren ke Bangkok cuma akan bertolak pukul 2.45 petang. Kalau nak simpan beg kat stesen keretapi ni senang je. Kalau berdiri menghadap ke arah platform, korang belok kanan. Nanti nampak ada satu tempat simpan beg. Masa kami pergi, tempat ni warna oren. Tak tahulah kalau lepas ni tukar warna pulak ke. Caj untuk simpan beg ikut saiz. Kami simpan 2 backpack medium-sized, jadi sorang dicaj THB 20/RM 2.

Memandangkan ni pertama kali aku ke Thailand dan pertama kali Muiz pergi Thailand secara backpacking, kitorang memang tak tahu macam mana nak beli tiket bas untuk balik dari Bangkok ke Malaysia. So, masa ni lah Muiz kena ketuk dengan agen yang jual tiket bas. Sebab Muiz nak balik lagi awal dari aku, 26/12/11 [Isnin], dan aku cadang hari Rabu 28/12/11 baru nak gerak balik, jadi Muiz cari tiket bas dulu. Dia pergi ke satu agen bas ni, kedai dia betul-betul depan stesen keretapi, tapi bukan yang corner lot punya kedai. Yang corner lot tauke dia Cina-Thai. Yang ni memang Thai asli.

Kat kedai ni Muiz beli tiket bas Bangkok-Hat Yai dan Hat Yai-KL sampai THB 2000/RM 200. Sebab aku rasa macam mahal sangat, aku tanya kedai corner lot tu. Tauke kedai tu kata tiket Bangkok-Hat Yai tak jual kat kedai dia. Kalau nak kena beli kat stesen bas naik teksi motor [teksi tapi guna motor]. Lepas fikir-fikir dan tawar menawar dengan rider teksi motor tu, aku ke stesen bas naik motor dengan bayaran THB 90/RM 9. Sebenarnya agak mahal, tapi aku pun cuak jugak takut tak ada tiket balik, aku sanggupkan jelah bayar THB 90 tu.

Dekat stesen bas, nak beli tiket Bangkok ke Hat Yai pun bukan senang. Dengan ulat merata, dok panggil-panggil, dah lah masa ni aku sorang, rasa rimas sangat. Dah lah aku semalaman tak mandi kan. Haruslah bertambah rasa kerimasan tu. Hehe. Dari kaunter ke kaunter ke kaunter, lepas tu aku disuruh pergi kaunter 1. Hujung sebelah kiri stesen bas tu. Eh, kiri kanan tu ikut lah mana korang menghadap masa tu. Hehe.

“Sawadeekap… Krap krup pong tang mai nai…bla bla”. Apakebendalah kakak kaunter ni cakap. Dia ingat aku orang Thailand. Hehe. Lepas dah selesai sesi soal jawab [dia tanya aku dari mana, nak ke mana, buat apa datang Thailand], aku pun beli tiket dari Bangkok ke Hat Yai dengan harga THB 653/RM 65.30. Bas kerajaan. Kalau nak naik bas jarak jauh kat Thailand ni, aku nasihatkan naik bas kerajaan. Jangan naik bas entah dari syarikat mana-mana. Sebab servis syarikat bas kerajaan sangat bagus. :) Tiket Hat Yai – KL aku decide untuk tak beli dulu. Mana lah tau ada masa lebih, boleh aku tidur sini semalam ke. Paling tidak pun, aku boleh beli hari yang nak balik tu terus sebab roughly dah tau mana nak cari tiket.

Lepas tu, aku pergi balik ke tempat agen tunggu Muiz punya tiket pulak. Sepanjang perjalanan, rasa seronok tengok bandar Hat Yai. Selama ni dengar je orang cerita, tapi hari ni, aku sendiri dah sampai ke sini. Walaupun tak dapat bermalam, tapi 4 jam kat sini menceritakan kepada kami macam mana orang-orang di Hat Yai. Bandar Hat Yai macam bandar Kota Bharu dari segi infrastruktur dan town planning. Tapi lebih besar. Ada bangunan lebih tinggi. Dan of courselah lebih bebas kan. Hehe.

Masa kat sini, kami sempat pusing-pusing kat area stesen keretapi, pusing kat Robinson’s, lalu depan Louise Guesthouse, dan makan kat satu restoran Muslim ni. Aku tak ingat apa nama restoran ni tapi makanan dia not bad and murah. Sebaris dengan Louise Guesthouse. Aku makan nasi goreng sayur [tapi tetap ada ayam dan lauk lain] dengan Cha Yen [teh ais yang sangat lain dari Malaysia dan kebanyakannya best-harus dicoba di Thailand] harganya THB 45/RM 4.50.

Dah selesai makan, tengok jam dah nak dekat pukul 2.00 petang. Kami ke stesen keretapi semula, ambil beg, dan terus masuk ke dalam koc.

-

Berbaloi dengan harga, naik tren 20 jam cuma ada kipas, tingkap yang boleh buka dan kerusi yang tak boleh ubah - 90 darjah all the way - legend!

Gerabak masih kosong...

Masuk-masuk dalam gerabak, tengok semua orang Thailand kecuali satu pasangan India dari India yang duduk di kerusi sebelah kami. Diaorang pun berjalan-jalan jugak dan diaorang bergerak dari JB. Lagi jauh.. Hehe. Jadi, bila rasa bosan nak berborak, kami berborak lah dengan diorang sebab diorang je yang boleh cakap English dalam gerabak ni. Tukar-tukar pengalaman yang ada.

Depan kami pulak ada sorang pakcik Thailand ni, mula-mula prung prang pung pang cakap Thai dengan kami. Bila dia sedar kami tak faham sepatah apa pun yang dia cakap, terus dia guna bahasa isyarat je. Siap offer telur rebus dia buat bekal makan dengan sos ikan. Haha. Seronok duduk dalam kelas ke3 ni sebab yang naik kelas ke-3 ni kebanyakannya rakyat Thai yang kebiasaan. Jadi, macam-macam ragam dapat tengok. Dari yang kerja promoter dok cakap Thai dengan kami nak cerita pasal couple India tu, sampailah dia sedar yang kami pun tak faham apa yang dia cerita, lepas tu yang menjual makanan, nasi goreng, jajan, buah mangga, beer, air mineral… Macam-macam karenah kat dalam tren ni. Seronok!

Dalam pukul 6 aku ajak Muiz ke kantin sebab kantin depan gerabak kami je. Selain aku nak tengok kantin tren Thailand macam mana rupanya, aku jugak nak minum air panas sebab hidung aku ni ada allergy sikit. Kadang-kadang bila dah start berair, dia nak leleh je. Jadi, kami ke kantin. Aku order milo panas. Muiz kata dia tak nak. Tapi, kakak kantin tu datang bawak 2 gelas air milo lepas tu siap bawak roti bakar dengan buah dengan air jus. Kami kata tak nak, dia kata semua ni satu set. Dem. Macam kena kencing je kami ni. Tapi takpe, sebab perut pun memang lapar, layan jelah.  Lepas tu, kakak ni kata dia boleh kecek Melayu. Dia kata dia Melayu siam. Kami layankan jelah.

Pada masa yang sama, rasa tak selesa jugak sebab ramai orang termasuk staf keretapi yang dok layan ‘minum’ kat situ. Kami pun decide nak balik seat. Bila tanya kakak tu berapa, dia kata sorang THB 120/RM 12! Mau tak terkejut. Kalau tengah minum milo tu mau tersedak aku. Milo paling mahal pernah aku minum. Muiz cakap ‘mahalnya!’. Dia jawab balik, “memanglah mahal!”. Pergh. Memang lepas ni kalau naik tren, hidung aku nak meleleh masuk mulut pun aku tak nak minum air panas kat kantin tren ni.

Kalau datang kantin lagi, insist tak nak set. Nanti kena ketuk RM 12... ;p

Di sebalik pintu tu lah gerabak kami...

Perjalanan naik tren dari Hat Yai ke Bangkok memang lama dan panjang. Kalau ambil sleepers train, bila dah malam, tarik langsir tidur, dengan aircond lagi, mungkin tak rasa sangat. Tapi, naik kelas ke-3, memang terasa lamanya. Tapi, tak tahu kenapa aku rasa best. Mungkin sebab boleh relate dengan blog Fatt dan scene dalam filem Suckseed. Tengok jam, memang lagi terasa lama. Jadi, aku dok tengok je kat luar. Bila dah gelap, aku dok tengok gelagat orang-orang dalam tren. Kagum dengan abang/kakak yang dari tren bertolak tadi [jam 4 petang, lewat 1 jam 15 minit dari jadual] sampailah dah tengah malam, dok jalan ke hulu ke hilir jual barang-barang makanan diorang. Kagum dengan semangat diorang yang tak pernah kenal erti penat cari rezeki.

Bila tren berhenti kat satu stesen ni, aku tengok mat-mat dan minah-minah saleh dalam sleepers train siap aircond, aku rasa macam “oh, selesanya diaorang… sejuk je. Siap boleh membaca, main iPad. Aku kat sini dah melekit-lekit dah badan, bau macam apa. Tren berhenti, angin tak ada… panass.”… Tapi, bila tren sambung perjalanan, aku rasa seronok bila dapat dengar bunyi keretapi jalan atas landasan campur dengan angin dok meniup dari luar koc. Memang sangat klasik. Walaupun pakcik depan seat aku tutup sikit tingkap, tapi angin tetap terasa dan bunyi tren atas landasan tetap kedengaran. Aku tertidur terbangun tertidur terbangun sampailah aku sedar-sedar, jam dah lepas tengah malam, angin dah bertambah sejuk dan kipas kat atas siling koc dah pun dimatikan. Penumpang dalam ni pun ramai dah selamat tidur…

BERSAMBUNG PART IV

About these ads

About Khai

A simple being trying to have a simple life...

Posted on 25 January, 2012, in Hat Yai, Personal, Thailand, Travel and tagged , , , , , , . Bookmark the permalink. 7 Comments.

  1. Oh! Too bad. I can’t understand a thing! Translations please. haha

    • Haha. U can use Google translate but they will not translate them accurately. U should pick up Malay language because it is very easy to master. I know a lot of local Filipinos here who speak Malay very well! ;)

      Maybe I should consider doing English post / English blog? Hehehe

      • Yes! I have heard its not that hard to learn because its a bit similar to hours and the accent isn’t that bad. Oh, please do :) I’d love to read more about your travels! Thanks!!!

      • Yeah, it is quite similar :)

        By the way, when I was travelling, I did meet some Filipinos. And I’ve learnt kamusta-ka and magandang gabi from them… ;)

  1. Pingback: Backpacking Trip to Thailand: Part II [Hat Yai-Bangkok] | The Best Things in Life…

  2. Pingback: Backpacking Trip to Thailand: Part IV [Bangkok] | The Best Things in Life…

  3. Pingback: 9 Reasons Why You Should Travel by Train | The Best Things in Life

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: