Backpacking Trip to Thailand: Part I

Suckseed. Idea aku nak travel ke Thailand datang secara serius lepas aku tengok filem Suckseed kat Astro Box Office. Sebelum tu pernah terfikir, tapi tak pernah ambil serius. Lepas je tengok filem ni, perasaan nak pergi Thailand tu membuak-buak. Dalam filem ni, banyak babak dirakam kat Chiang Mai, tapi ada jugak kat Bangkok. Ada babak naik keretapi ke Bangkok dari Chiang Mai, naik bas dari Chiang Mai ke Bangkok. Jadi, aku pun mula buat kajian untuk pergi Thailand secara backpacking. Sumber rujukan utama aku untuk transport [sebab aku plan naik keretapi] dekat laman web seat61 dan aku banyak jugak buat rujukan dekat blog Fatt dan John untuk itinerary aku ke sana selain rujukan kat blog-blog travel yang lain.

Asalnya aku rancang nak pergi seorang dan nak ke Bangkok dan Chiang Mai. Tapi lepas tu kawan aku, Muiz, ikut sekali lepas aku ajak dia dan dia setuju. Jadi, ikut rancangannya kami akan berdualah. Tapi sebab Muiz kena kerja, jadi dia kena balik awal. Last-last aku berdua dengan dia cuma 3 hari, lagi 4 hari aku solo. Dan aku tangguhkan dulu rancangan ke Chiang Mai sebab long call aku pun dapat tarikh awal, jadi aku cuma boleh pergi maksimum seminggu je. Jadi alang-alang, baik aku duduk Bangkok aje dan kenal betul-betul tempat tu. Eh, panjang pulak mukaddimah aku ni haaaa. Haha. Jom tengok apa berlaku sepanjang aku kat sana!

DAY I – Jumaat, 23 Disember 2011

Passport dah selesai 3 minggu sebelum hari ni. Tiket pun aku dah beli awal. Sebab aku nak jimat seboleh mungkin [sebab aku bukan anak orang kaya yang parents boleh sponsor travel naik MAS] aku decide aku nak naik keretapi dari KL Sentral ke Padang Besar. Lepas tu dari Padang Besar ke Hat Yai, tiket lain. Aku pilih tiket kelas ekonomi [RM 24.00] dari KL Sentral ke Padang Besar, bertolak pukul 9.20 malam nanti. Lepas tu dah dasar orang suka buang masa aku ni kannn, lepas tu pulak aku dah tereksaited 2-3 minggu awal daripada hari ni, jadi aku rasa macam tak bersemangat je nak pergi. Betul ke aku nak proceed ke Thailand ni? Ke aku nak duduk rumah, habiskan masa kat rumah sementara aku dapat cuti 3 minggu lepas habis chambering? Last-last aku tak kemas pun baju sampailah dah pukul 6.00 petang, baru terhegeh-hegeh nak kemas baju + pergi Pasaraya Hero beli meggi, tuna, air mineral dan tuala. Ya, tuala. Nak duduk hostel kena la pakai tuala bersih sikit kan. Hahaha.

Lepas tu, Muiz datang ambil aku dalam pukul 7.00 malam, kami gerak ke LRT Asia Jaya. Nak ke KL Sentral. Aku pesan kat Muiz, kena tau macam mana nak guna sistem tiket baru LRT ni [sistem token] sebab ikut apa yang aku baca, macam nilah sistem tiket MRT Thailand. Sampai KL Sentral, kami terus ke kaunter tiket KTM Intercity. Sebab kami tak beli lagi tiket connecting train dari Padang Besar ke Hat Yai. Nanti dari nak backpacking ke Thailand, last-last backpacking ke Padang Besar je. Hehe. Turun je LRT, kami naik tangga yang kat tengah-tengah KL Sentral tu, terus belok kanan. Alamak! Panjangnya orang beratur.

Tengok kat kaunter, dia tulis tiket KL Sentral-Arau-Hat Yai dah habis. Aku cuak sekejap. Sebab kalau habis macam mana nak ke Hat Yai [padahal boleh je. baca entri ini di bahagian OPTION 3]. Aku terpanik la pulak. Hehe. Lepas tu, sampai giliran, alhamdulillah ada. Tiket connecting train dari Padang Besar ke Hat Yai RM 13.00 dengan tempat duduk confirmed ada. Yang kakak KTM ni boleh pulak tanya, “pergi Hat Yai nak shopping ke?” Haha. Akak, muka kami muka shopaholic kah? ;p Dah selesai beli tiket, aku ajak Muiz makan dulu kat food court KL Sentral. Sebab last makan tengah hari tadi. Jadi, lapar pulak rasanya. Aku makan nasi kukus yang paling tak sedap pernah aku makan. Dah lah harga RM 6.00. Kalau sedap tak apa… Huhu.

Dah kenyang makan, pergi cucuk duit kat ATM CIMB, tengok-tengok jam dah nak pukul 9.00. Terus kami turun bawah ke tingkat 2. Sampai-sampai bawah, ada announcement bagitau yang kami dah boleh ke platform. Terus turun ke platform nak pergi keretapi. Ni first time aku naik kelas ekonomi. Sebelum ni, tahun 1998, tren jarak jauh macam ni aku naik kelas kedua. Tu pun dari KL ke Butterworth. Tak pernah lagi lah sejauh ni.

Masuk koc jom!

Bentuk muka bumi kelas ekonomi. Beza dengan kelas kedua, kelas ekonomi takde tv, lepas tu tengah2 sempit sikit, dan kusyen nipis sikit. Tapi, korang tengoklah. Ni berganda-ganda lebih selesa dari kelas ke-3 keretapi Thailand! ;p

Dah masuk dalam koc, aku duduk tepi tingkap. Dalam hati aku rasa macam tak percaya, aku akan ke Thailand. Tak percaya yang aku pergi ni sendiri, tanpa keluarga dan pertama kali pergi luar negara sendiri. Rasa excited tu datang balik tiba-tiba. Keretapi bertolak dalam pukul 9.40. Lambat 20 minit dari jadual asal. Dalam koc malam tu tak buat apa pun. Dok sembang-sembang dengan Muiz dengan makcik yang duduk sebelah aku. Makcik tu nak balik Sungai Petani. Masa makcik tu duduk, aku tengok pelik je. Kenapa makcik ni duduk tegak je? Tak nak sandar ke? Jauh lagi kot perjalanan. Sekali rupanya kerusi makcik tu rosak. Dia sandar, terus kerusi tu dalam posisi untuk tidur. Padahal makcik tu tak nak tidur lagi. Dia kata “makcik ni tak biasa tidoq awai”. Aku offer tukar tempat duduk, tapi makcik tu taknak. Takpelah makcik. Janji makcik happy saya pun happy. Hehe.

Sepanjang perjalanan, aku sempat jugak la tertidur. Bangun-bangun, tengok kat Stesen Kuala Kubu Bharu, Tanjung Malim, Ipoh… jauh lagi ni. Hehe. Dalam pukul 1.00 pagi, aku rasa bosan, aku ajak Muiz pergi kantin. Layan kopi O. Best layan kopi O kat kantin keretapi sambil tengok luar yang gelap gelita tak nampak apa. Hehe.

Kantin keretapi Malaysia...

Layan-layan kopi O, lepas tu aku cakap sorang-sorang dalam hati, selesanya kat sini. Nanti dah tukar train Thailand nak ke Bangkok, dah tak rasa macam ni dah. [Aku ada tengok video Fatt rekod dalam kantin keretapi Thailand. Sungguhlah klasiknya! Hehe]. Dah minum, sembang-sembang, aku ajak Muiz pergi jalan dari gerabak ke gerabak. Sebab kalau nak tidur pun, jauh lagi perjalanan. Jalan dari koc ekonomi, tengok koc kelas kedua, orang dok tengok tv kartun apa entah, lepas tu jalan lagi sampai la koc sleepers. Krooh krooh kat koc sleepers tu. Haruslah sedap tidur kan, ada katil dan bantal. Hehe. Lepas tu patah balik koc kitorang, aku duduk balik kat kerusi aku. Aku tak boleh menipu diri sendiri yang sesungguhnya aku sangat mengantuk. Aku pun sambunglah tidur dalam koc entah berapa jam…

BERSAMBUNG PART 2

About these ads

About Khai

A simple being trying to have a simple life...

Posted on 16 January, 2012, in Hat Yai, Personal, Thailand, Travel and tagged , , , , , . Bookmark the permalink. 20 Comments.

  1. masuk CM dak? ke Ayuthayya jek.

  2. tak.. :( Bangkok dgn Ayutthaya jekkk… tapi memang rasa ralat+tak puas sebab tak sempat masuk CM. jdnya semangat makin berkorbar nk jejak CM selewat2nya hujung thn ni… hehehe..

  3. You went to Thailand because you watched Suckseed … I really need to watch this video :D

    It seems common when we want to go, but we feel we don’t want to go, or is it okay if I go … hahaha … :P

    • Yup. I’ve always thinking of visiting Thailand but after watching Suckseed, I started planning more seriously. Because the movie is so good and with all the scenery, I fall in love with Thailand and its culture and its train. Haha

      ya, a very common feeling especially when we are travelling on our own. But now, after several trips overseas and several backpacking trips, I’ve become a travelholic and had made bookings for several other places including Semarang! ;)

  4. klakar baca pengalaman ni… sy tergelak2 kat opis.. hehe… apapun tq for info… akan ke thailand ujung bulan ni… :-)

  5. assalamualaikum….kalau pergi perempuan sahaja bahaya tak?

    • waalaikummussalam…

      kalau perempuan sahaja, tak bahaya bg saya. sebab orang-orang kat sana memang peramah. dan selagi mana kita bawak diri dengan baik, jaga solat, jaga penampilan dan perlakuan, insyaAllah tak ada apa2 masalah kat sana :)

  6. Trip Hatyai only x wat lagi yer…. sabar menanti nih….

  7. Hi. just wanna ask u something. since u dh g hatyai, ade bas ke from hatyai to pdg besar/arau? or i need to take train? is that the only transportation from hat yai to pdg besar/arau? the thing is, i takut xsempat catch up tren time ktrg blk nnt. tgk kat ktmb pye website the only tren pkul 4 ptg. so kalo ade back up plan lg bgs kot.

    • Secara jujurnya, saya sendiri tak pasti sebabnya saya tak naik bas dari Hat Yai ke Padang Besar atau Arau. Tapi, kalau ikut kajian yang saya dah buat, memang tak ada bas direct dari Hat Yai ke Padang Besar/Arau. Yang ada bas dari Hat Yai ke Padangbesar (Thailand), dan dari situ, kena naik van sapu atau motorsikal atau jalan kaki ke Padang Besar (Malaysia).

      Jadi, yang confirm ada ialah tren dari Hat Yai ke Padang Besar sebelum terus ke Arau.

      Atau kalau tak pun, naik bas dari Hat Yai sampai Changloon. Lepas tu, dari Changloon ambil bas ke Arau.

      Harap dapat membantu :)

  8. Semua entri backpacking trip to Thailand ni sangat membantu sebenarnya. Nak ucap terima kasih itu aje. Haha!

  9. Hey there! Would you mind if I share your blog with my facebook
    group? There’s a lot of people that I think would really appreciate your content.
    Please let me know. Cheers

  1. Pingback: Backpacking Trip to Thailand: Sneak Preview | The Best Things in Life…

  2. Pingback: Backpacking Trip to Thailand: Part II [Hat Yai-Bangkok] | The Best Things in Life…

  3. Pingback: Road Trip to Southern Thailand: Hat Yai [Part 1] | The Best Things in Life

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: