Trip to Medan, Indonesia [Day 1] – 10/12/11 (Part 2)

Sambungan dari Part 1.

Album gambar Trip ke Medan [Day 1]

Jadi, kami pun naiklah van tu ke kedai kain dan telekung dengan aku terbersin-bersin kat dalam van tu. Sapu tangan aku memang dah tak boleh pakai dah masa tu. Dah lencun! Nasib baik kat Amaliun food court ada tisu, aku borong tisu kat situ simpan dalam beg. Hehe. Sepanjang perjalanan, aku tengok kiri kanan, sangat lain suasana dia. Walaupun kita serumpun, budaya lebih kurang, bahasa lebih kurang, tapi memang rasa yang aku masa tu bukan ada kat Malaysia. Tapi, memang aku bukan kat Malaysia pun kan. Haha. Memang lainlah. Dan aku memang suka dengan perasaan tu. Perasaan belajar dan timba pengalaman kat tempat lain. Kan memang Allah cipta manusia lain-lain untuk kita saling kenal mengenal? :)

Sampai dekat kedai telekung tu [aku pun tak pasti kedai ni kat jalan mana sebab Pak Mukhlis masuk lorong ni, lorong tu, tau2 sampai. Hehe]. Kedai ni tauke dia orang Pakistan. Dah biasa dengar Pakistan Malaysia cakap Melayu, sekali bila cakap Indo, rasa macam tengok sinetron. ;p Dekat kedai kain dan telekung tu, memang banyaaaaaak kain dengan telekung diorang jual. Diorang offer aku baju solat lah [baju ala-ala Arab yang banyak orang Pakistan jual kat Malaysia ni], kain pelikat, seluar batik, dengan blangkon. Tapi, semua tak menarik perhatian aku. Last2 aku sandar kat longgokan kain2 kat kedai tu, sampai tersengguk2. Nasib tak ‘krooh krooh’ je. Hehe.

Lepas tu mak dengan adik aku tanya, tak nak beli apa2 untuk Mira ke. Aku pun memang tak tahu nak beli apa, jadi aku pun belilah telekung untuk dia. Telekung kat Indonesia cantik, tak sama macam yang banyak kat Malaysia. Kat Malaysia banyak putih je semua. Kat Medan ada corak bunga2, ada yang warna coklat. Pokoknya, bercorak2lah.

Dah setel semua, Pak Adibyo cakap orang AirAsia call, bagitau yang beg dah ada. Jadi, dari kedai telekung, kami patah balik ke Polonia. Masa nak masuk bayar parkiran [parking], aku nampak ada satu motto kat kaunter tiket airport tu “orang bijak membayar pajak“. Aku tanya la Pak Adibyo, apa makna bayar pajak tu. Maknanya kalau buat pajak gadai tu, orang yang bijak ke? Heheh. Rupanya, maknanya pajak kat Indonesia ialah cukai. Jadi, orang yang bijak ialah orang yang bayar cukai. Jadinya, kalau korang tak bayar income tax, korang orang yang bodoh. Haa. Lebih kurang macam tu la mesej yang dia cuba sampaikan. Haha. Kat Medan ni, kedai pajak gadai dia panggil ‘penggadaian’ je.

Selesai ambil beg dengan bantuan abang Rudy [lagi sekali. Haha. Thanks bro!], Pak Adibyo bawak ke Fashion Outlet pulak untuk buang masa sementara tunggu bapak aku sampai. Masa ni, duit rupiah semua orang dah menyusut dah. Sebab dah spend kat kedai telekung tadi. Yelah, source of income i.e. bapaknya tak sampai lagi. Hehe. Pak Adibyo pulak bawak tempat shopping. Dah semua orang muka susah hati, sebab duit bukan nak ada sangat.

Kami pun cakap kat Pak Adibyo, duit bukan ada sangat ni, sebab bapaknya tak sampai lagi. Dengan senyum, Pak Adibyo kata tak apa. Tak nak beli pun tak apa. Sebab kat situ ada ‘AC’ [bunyi AC lebih kurang macam AC dalam AC Mizal tapi bunyi si tu jadi se], kat airport panas. Jadi sedap sikit tunggu. Dia pun bawak ke Fashion Outlet. Kedai ni macam Reject Shop atau F.O.S tapi dia bukan dalam shopping mall. Dia bangunan sendiri. Tapi, satu benda yang tak best bila ikut tour, sebab dia akan bawak korang pergi tourist attraction je banyak. Macam Fashion Outlet ni lah. Tak ada sorang pun orang lokal yang sempat aku jumpa. Yang ada, pelancong asing. Orang lain aku tak taulah macam mana, tapi macam aku, daripada shopping2 atau pergi tempat yang orang lokal tak pergi, aku lagi prefer pergi tempat yang orang lokal pun pergi. Atau shopping tapi tempat yang orang lokal pun pergi. Heeee.

Tapi, baju kat sini memang cantik gaklah. Ala-ala Padini/PDI design dia. Harga pun ada yang murah sebab ada sesetengah tu ada promotion. Ada ‘diskon’. Hehe. Masa aku ada try-try baju, Pak Adibyo cakap kat aku dengan mak aku, “Baju ni tak boleh. Tak muat ni. Badan gemuk tak ada saiz di sini. Kena buat baju sendiri.” Adoi. Sentap kejap. Haha. Dia panggil aku gemukk??? Hehehe. Takpelah. Aku boh layan apa yang dia cakap, dan terus belek2. Ingat kalau ada yang ngam dan cantik dan murah, mau gak aku angkat satu. Tapi, tak ada. Yang murah tak cantik. Yang cantik tak murah/takde saiz. Ya, walaupun aku ni berbadan besar sikit je [oklah..fine..gemok SIKIT! haha], tapi memang tak muat. Baju dia kalau saiz L tu macam saiz M kat Malaysia.

Lepas tu tengok jam, dah nak pukul 2.00pm. Flight bapak aku touchdown pukul 2.00pm waktu tempatan kat Polonia. Kami pun beredar dari Fashion Outlet tanpa membeli apa-apa dan cuma menumpang kamar kecil [toilet] diaorang. Hehe. Keluar-keluar, sebelum naik van, aku nampak ada pakcik jual eskrem. Apa lagi, nak gak kan try eskrem Medan. Kitorang pun kerumun pakcik ni. Adik-adik aku selain aku dan Ijat ambik eskrem kon [Rp. 3,000], aku dan Ijat ambil eskrem roti [Rp. 4,000]. Pakcik eskrem ni tak jual eskrem batang [Alya dan Aisya nak yang batang, tapi tak ada], dan tak ada pilihan perisa. Kena makan apa yang dia jual. Oh, dan pakcik ni orang India ye. Sesuatu yang rare di Indonesia. Hehe.

Rasa eskrem dia sedap. Rasa macam durian+santan. Memang sangat lain dari apa yang kita selalu rasa dari paddle pop wow~ paddle pop yeah~ tu. Dia punya lemak tu, memang lemaaaak sangat rasa dia. Hee. Dalam van, aku ambil kesempatan tanya Pak Adibyo pasal kaum India di Indonesia. Dia kata, kat Medan ni je komuniti India agak ramai. Tapi, tetap tak sampai 1% lah perangkaan dia. Kat sini, orang lokal panggil orang India orang keling. Ada jugak little India yang dipanggil Kampung Keling. Tapi, dia kata sebab konotasi buruk perkataan tu, jadi dia kata sekarang orang India dia panggil orang Hindi dan kampung tu dipanggil Kampung Madras.

Sampai airport balik [hari ni je dah 3 kali kitorang kat Polonia]. Sementara Pak Adibyo, In dan Alya tunggu bapak aku, aku singgah wartel kat airport ni. Nak cari sim kad sebab tak best pulak tak boleh online atau BBM. Sebelum tu, masa kat Amaliun, aku ada beli sim kad Kartu As dari Pak Adibyo. Dia jual Rp. 5,000. Tapi, tak boleh nak berBBM sebab dalam tu pun cuma ada Rp. 2,000 je pulsa [kredit] dia. Jadi, kat wartel ni, aku beli sim kad simPATI sekali dengan topup dengan activate kan BBM service untuk 3 hari, aku bayar dalam Rp. 25,000 kalau tak silap. Lepas tu, masuk lah semua emel, BBM, FB… oh, legaaa.. hehe. Tapi, takda lah lega sangat sebab aku lupa bawak charger ;p dan masa tu bateri aku tinggal kurang 50%. Dahlah aku asyik ambil gambar je guna fon ni. Hehe.

Bapak aku keluar dari terminal dalam pukul 2.30pm. Masa tu semua dah lapar gileee. Makan pagi tadi je masa kat Amaliun food court. Mau tak lapar. Jadi, Pak Adibyo pun bawak kami semua terus ke kedai makan yang dah termasuk dalam pakej kami. Sepanjang perjalanan, aku kagum tengok signboard kat Medan. Ada perkataan rambu-rambu lalu lintas [maksudnya lebih kurang macam papan tanda jalan lah]. Lepas tu, ada huruf S dengan tanda /. Pak Adibyo kata, itu maknanya dilarang berhenti. Eh ye ke? Aku pun dah keliru. Haha. Kat sini, atas jalan banyak becak [beca] bermotor. Pak Adibyo kata orang dah tak guna basikal sebab lambat dan memenatkan pengayuh tu. Sebab kat sini beca tu dah macam pengangkutan awam. Bukan macam Melaka, ikon pelancongan. Banyak jugak van yang dah diubahsuai dipanggil Angkutan Kota. Kat sini, pengangkutan awam dalam bandar memang tak ada bas macam Rapid KL atau Cityliner. Jadi, diorang naik beca/angkutan kota kalau nak ke mana-mana.

Akhirnya, lepas dah pusing entah ke mana-mana, kami sampai ke Restoran ACC. Restoran ni sediakan makanan Minang/Melayu dan specialty kedai ni ialah ayam Pop. Kat Medan tak ada ayam penyet. Mungkin ada tapi kami tak jumpa. Sebab ayam pop lebih dominan. Ayam pop ni ayam kampung yang digoreng rengup dengan rempah yang aku pun tak tau apa dia. Rasa sedap sangat. Tapi, bapak aku kata, mula-mula memang sedap tapi bila dah lama-lama makan, rasa muak. Aku setuju. Bukan sebab rasa muak. Tapi, sebab 3 hari kami kat sini, makan ayam pop je manjang. Mau tak bosan. Haha.

Satu lagi perkara yang aku perasan, kat Medan ni tak jumpa restoran makanan Thai/tom yam. Banyak restoran masakan Minang/Melayu. Pak Adibyo kata dulu ada kedai tom yam, tapi tak laku lepas tu tutup. Kalau kat Malaysia terbalik, kedai tom yam je banyak. Tapi, kalau kedai masakan asli Melayu? Susah kan nak jumpa? Hehehe..

Makan, makan, makan, agenda seterusnya, perjalanan ke Danau Toba. Katanya, perjalanan ke Danau Toba lebih kurang dalam 5 ke 6 jam perjalanan. Aku dah ternganga. -__-” Masaklah 6 jam dalam van. Dahlah duduk dalam van tu pun muat-muat je. Aku ingat aku nak cuba tak tidur sepanjang perjalanan, tapi memang mustahil lah kan. Dah tu, perut tengah penuh pulak. Aku pun terlelap tak lama lepas van mula bergerak ke Danau Toba.

Aku bukak mata, tengok-tengok kami kat jalan tol [highway]. Cis! Aku baru ingat nak tengok macam mana rupa Plaza Tol kat sini. Hehe. Jalan tol dia macam jalan tol kat PLUS Highway. 2 lane-2 lane. Tengah tengok jalan tu, sekali, aku tertidur balik! Adoi~ Rugi-rugi. Bukak-bukak mata lagi, jalan tol dah tak ada. T.T. Dah lalu jalan biasa ala-ala Federal Route 1 kat Malaysia. Tapi, layan gak tengok pemandangan kiri kanan. Macam kat Malaysia, tapi bukan macam kat Malaysia. Nombor plate, stail rumah, keadaan sekeliling, semuanya berbeza. Tapi, bahasa dengan paras rupa lebih kurang sama. :)

Lepas tu, singgah stesen minyak kat sini kalau ada sesiapa nak buang air ke. Sebab jauh lagi perjalanannya. Aku lupa lah nama tempat ni. Tapi, jenama stesen minyak dia aku ingat. Sebab selain Petronas, stesen minyak Shell ke Caltex ke BHP ke semua aku tak jumpa. Yang aku jumpa amaaaat banyak, stesen minyak Pertamina. Pertamina ni macam Petronas lah. Tapi, diorang punya Petronas. Lepas tu, minyak dia tak ada diesel ke, RON 95 ke, RON 97 ke. Yang aku jumpa, Solar [diesel] dan Premium [petrol premium]. Tapi, harga sama je dua-dua ni. Kira-kira RM 1.50 seliter. Murah kannnn? Haha. Siapa kata minyak Indo mahal. Hehe.

Kat Pertamina, beli biskut salted cheese crackers yang sangat sedap [Rp. 12,000] dan keropok Chitato [harga tak ingat. ambil perisa Sapi BBQ]. Keropok Chitato ni memang sedap. Dia macam keropok Mister Potato. Kat Malaysia ni ada tak? Rasa macam tak jumpa lagi. Kalau pergi Indo, try la keropok Chitato. Pasti nak lagi! ;) Sempat jugak lah aku ambil gambar kat Pertamina ni walaupun sah-sah dia kata “Dilarang Memotret”. Kalau dia sound, aku nak bagi alasan, “Memotret itu apa ya Pak? Saya nga ngerti kok”. Heheheee. Baik punya alasan. Sah-sah ada gamba kamera dan tanda dilarang ‘/’. Satu lagi, aku suka tangki air kat sini. Tengok gambar kanan-atas, tangki air kalau yang kecik tu, memang macam tulah bentuk dia.

Dah selesai semua, Pak Adibyo bawa kitorang singgah masjid untuk solat. Sebab ingat nak solat kat Pertamina, tapi fikir-fikir, baik ke masjid terus. Kitorang pun dibawa ke Masjid Al-Mubarok. Usai solat, aku tengok orang kat masjid tu dah pasang kaset al-Quran dan langit dah gelap. Eh, aku konfius jap. Tengok jam, baru pukul 5.45pm. Kenapa dah gelap? Rupanya maksud lewat sejam kat sini ialah waktu dia je. Tapi dia lebih kurang macam kat Malaysia. Orang tak pernah pergi obesi [termasuk Sabah dan Sarawak], tu yang perak jap. Hehe. Kiranya, 5.45pm tu macam 6.45pm kat Malaysia [dan memang kat Malaysia 6.45pm], tu yang dah gelap.

Kat depan masjid ni adalah orang jual burger spesial dengan macam-macam lagi. Masa on the way tu jugak, nampak ada orang jual macam-macam tepi jalan dan ada satu kawasan berpagar tu, dalam dia orang buat pasar malam. Niaga atas padang rumput je. Memang pemandangan yang tak pernah aku lihat selama ni. :) Memang aku rasa, orang-orang Medan suka berniaga. Sebab kat jalan tu, ada je orang berniaga. Bukan sorang dua, tapi ramai.

Bila teruskan perjalanan, langit pun gelap, aku dengan famili members aku yang lain pun bangun-tidur-bangun-tidur. Tak sampai-sampai. Lepas tu, terjaga tengok kitorang macam kat atas bukit, lepas tu macam ada lampu-lampu kat hujung sebelah sana. Kami diberitahu, itulah bandar Parapat, bandar utama kat Danau Toba, yang menjadi destinasi kami sekeluarga bermalam malam ni. Memang cantik walaupun gelap, nampak putih je cahaya lampu dikejauhan.

Akhirnya, kami sampai ke Restoran Istana untuk makan malam. Lebih kurang pukul 9.15pm sampai, untuk dinner. Masa ni semua dah muka serabai. Berjam-jam terpejam-pejam tidur dalam van. ;) Restoran Istana ni ada dua cawangan kat Parapat ni. Restoran Istana dan Restoran Istana 2. Letaknya selang satu je antara satu sama lain. Restoran spesial makanan Minang/Melayu [macam biasa lah. hehe]. Restoran ni jugak memang sediakan makanan untuk tour group. Kiranya memang cater untuk pelancong luar lah.

Dekat-dekat dengan Restoran Istana ni juga ada restoran-restoran lain. Tapi, kena tengok juga halal ke tidak ye. Hehe. Kalau tulis Muslim food tu, insyaAllah halal. Tapi, kalau ada tulis BPK atau BP atau lebih jelas lagi, BABI PANGGANG, memang konfem jangan dimasuk ye. Hehe. Sebab komuniti non-Muslim kat sini agak ramai. Terutamanya penduduk Batak yang beragama Kristian. Diorang muka macam kita, cakap bahasa Indonesia, tapi jangan tersilap sebab diorang makan babi panggang, babi golek dan semua berkenaan dengan babi. Huhu.

Jadi, lepas dah selesai makan malam, aku nak tinjau-tinjau pemandangan kat luar. Fuuuhh.. udara dia nyamaaaan sekali. Hehe. Masa makan tu, kat dalam kedai, tak rasa sangat. Bila keluar, memang sejuk giler terutamanya bila angin tiup. Sambil-sambil jalan, aku tengok ada kedai IndoMaret. IndoMaret ni convenient store macam 7-E tapi ni memang Indonesia sendiri yang punya. Sah-sah lah aku kagum sebab tak jumpa kat Malaysia. Hehe. Lepas tu, produk-produk dalam IndoMaret, banyak yang tak ada kat Malaysia. Sama ada dah menjalani proses nasionalisasi [atau bapak aku kata disunatkan], atau memang produk untuk penduduk lokal, yang memang takkan jumpa lah kat Malaysia.

Contohnya air Nescafe. Kat Malaysia yang ada nescafe warna coklat, warna purple, mocha, dll. Tapi, macam french vanilla, rasanya tak ada lagi kan? Heee. Lepas tu, ada satu susu tu, logo dia iras-iras Dutch Lady, tapi jenama dia bukan Dutch Lady. Jenama dia, Frisian Flag. Aku buat spekulasi sendiri. Mungkin nama Dutch Lady tu tak boleh pakai sebab sejarah negara Indonesia yang dijajah Belanda dulu kot? Haha. Kalau ada sesiapa yang tau, boleh lah kongsi dengan aku sebab aku tak tahu. Hehe.

Dekat IndoMaret ni, asalnya nak cari susu untuk Adzim, tapi aku cuma cuci-cuci mata je, tengok apa yang ada. Dah setel semua, perjalanan pun diteruskan ke hotel tempat kami menginap malam ni, Danau Toba Cottage. Tempat dia kat atas bukit. Jalan masuk lorong-lorong, lalu depan hotel-hotel lain [memang banyak hotel kat sini] lepas tu naik bukit, sampailah Danau Toba Cottage. Sebab masa kami sampai dah pukul 10+pm, rasa sunyi je tempat ni. Adik In pula tiba-tiba cakap “Eh, dulu kawan ada cakap, ada satu hotel kat Danau Toba ni berhantu. Dia kena kacau kena tarik-tarik selimut. Tapi, tak ingat hotel mana“, aku dah macam, -_-”, perlu ke dia cerita time-time ni. Huhu.

So, check in lah kami kat hotel ni. Kami ambil 4 bilik sebab semuanya ada 11 orang. Nak pergi bilik, kena menapak naik bukit, dengan beg masing-masing [nasib baik aku bawak backpack je. hehe, senang, galas je]. Bilik dia agak tak boleh belah sebenarnya. Bilik yang kami dapat tu, tak ada lampu bilik yang terang. Punca lampu bilik dari lampu kat meja solek yang sememangnya malap. Lepas tu, tak ada kipas. Walaupun sejuk, tapi sepatutnya taruklah kipas sebab sejuk dia tu takda la sampai tahap menggigil giler. Macam bilik aku ok lagi, ada kipas untuk tarik udara dari luar tu [macam kipas kat toilet tu], tapi bilik mak aku tak ada. Jadi, kenalah bukak pintu balkoni, bagi angin masuk. Hehe.

Aku sampai-sampai bilik, dah tak lalu nak mandi ke apa, aku salin baju, lepas tu terus baring atas katil. Lepas tu tengok keliling, sunyi je. Bukak TV. Ada bola. Tapi tak larat nak tengok. Aku biar TV terbuka, aku sambung baring atas katil, tau-tau aku dah selamattt…tidur.

Day 1 Part 2 Tamat.

Bersambung Day 2.

About these ads

About Khai

A simple being trying to have a simple life...

Posted on 17 December, 2011, in Indonesia, Medan, Personal, Travel and tagged , , , , , , , . Bookmark the permalink. 12 Comments.

  1. Ayam pop tu macam KFC ala Medan ke?

    Nescafe satu 3000?
    Orang sana semua jutawan huh! ;p

    United Kingdom nak buat bajet, susah sikit lah.
    Tapi you boleh cuba Ulu Klang dulu. ;)

    • KFC Medan tak beeesstt… hehe.. Sebab maa hari ke-3 pergi Medan Mall, try KFC dia, tapi rasa dia lain sikit. heee. Ayam Pop lagi sedap.

      Haa.. jangan main-main. Orang kat sana memang jutawan. Beli kaos [t-shirt] pun, harga sampai 20000-50000. Hahaha

      Haha. Ulu Klang? Nice idea! hehehe

  2. hi.. nak tny contact untuk pakej pegi medan..
    boleh email saya nunu_eera@yahoo.com

  3. caroline philip

    Berapa dia org charge untuk guide…masa pegi bali guide kita rm150 sehari including pengankutan.

  4. Bro, bleh tak saya nk dptkn no hp travel agensi tu.

  5. selamat siang….

    sesiapa nak perlu pakej tour indonesia, transport dan hotel,
    sila hantar Quotation ke :
    email : Salesfantasy36@gmail.com
    no.phone : +6281265877976
    whatsaap : +6289 7197 3251

    Fantasy Holidays tour & travel Service

  6. Jilbabs were originally manufactured in black but now they’re sold in colors which include blue, lavender, mauve, plum, light grey, and chocolate. Laces and sequins are also used to provide it a additional contemporary appear. Jilbabs is usually sported at almost all occasions for instance weddings, birthday parties, and also to perform. Beaded clothes also functions very nicely.

  1. Pingback: Trip to Medan, Indonesia [Day 1] – 10/12/11 (Part 1) | The Best Things in Life…

  2. Pingback: Trip to Medan, Indonesia [Part 3] – Tomok Village, Samosir Island | The Best Things in Life

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: