About these ads

Ucapan YAB PM Sempena Hari Malaysia – Transformasi Berjaya Rakyat Sejahtera

Wow! Dalam tak sihat aku bukak jugak telinga semata-mata sebab nak dengar ucapan khas YAB Perdana Menteri sempena hari Malaysia hari ni. Dan julung-julung kalinya aku rasa terharu+excited dengar ucapan PM. Sebab pengumuman-pengumuman yang PM buat betul-betul ‘menerujakan’ aku.

Antara pengumuman PM yang aku tertarik ialah pemansuhan pengishtiharan darurat. Sebab masa aku belajar contsitutional law kat UiTM dgn Mr. Mahinderjit Singh dulu, dia ada cakap yang proklamasi darurat tahun 1969 sampai la ke 1992 kot, tak pernah dimansuh. Maknanya, secara teknikalnya negara Malaysia masih bawah darurat dan badan eksekutif ada kuasa mutlak kat pentadbiran negara. Tapi, bila dah mansuh, maknanya demokrasi dipulihkan sepenuhnya.

Satu lagi, yang aku memang dah agak, campur berdebar bila dengar, pasal pemansuhan ISA. Isu ni sejak tahun 1987 [Ops Lalang], 1998 [kes Anwar] sampailah sekarang, jadi isu yang asyik dimain parti pembangkang. Tapi, memang undang-undang ni agak drakonian pun. Sebab dia terlalu open kepada abuse of power. Jadi, janji PM untuk mansuhkan Akta ni memang buat aku tersenyum. Datuk Hisham pun tersengih2 tengok kazen dia i.e. PM berucap sampai tersasul2 PM. Huhu.

Satu lagi yang aku tertarik, pasal review Akta Polis dengan pemansuhan Printing Presses and Publications Act. Yang pasal Printing Presses tu, memang sangat perlu. Tambah lagi sekarang banyak benda online. Censored media cetak, boleh baca uncensored version kat Internet.

Pasal Akta Polis pulak, memang hak bersuara termaktub bawah Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan. Jadi, macam mana mekanisme pihak perundangan nak buat berkenaan hak bersuara+berhimpun, kita tengok je la nanti.

Tapi, secara peribadi bagi aku, transformasi politik ni memang sesuatu yang ditunggu-tunggu rakyat. Sekurang-kurangnya, pihak kerajaan dengar suara rakyat dan tak bertindak angkuh membelakangi rakyat. Inilah yang rakyat marhaen dok tunggu-tunggu dari dulu. Cuma harapnya, transformasi ni akan berkekalan dan jangan la sekadar hangat-hangat tahi ayam.

All the best Mr. PM!

About these ads

About Khai

A simple being trying to have a simple life...

Posted on 15 September, 2011, in Opinions, Personal and tagged , . Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: